Latar Belakang

Dalam konsep pentadbiran Islam, Mufti merupakan satu jawatan yang tertinggi dan dihormati di Malaysia. Di Pahang jawatan Mufti diwujudkan secara rasmi bermula di zaman pemerintahan Bendahara Wan Ali (1806-1857), di mana Mufti diberikan tanggungjawab menasihati Sultan dan mengajar Kerabat-kerabat Diraja. Menurut catatan sejarah, Mufti Pahang semasa itu ialah Tuan Haji Abdul Shukur dan selepas itu, Tuan Haji Habib Muhammad Amin pula dilantik sebagai Mufti, namun begitu kedua-dua tokoh tersebut tidak dapat disahkan sebagai Mufti berdasarkan kepada catatan rekod perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan Pahang. Berdasarkan catatan rekod, Mufti Pahang yang pertama ialah Haji Uthman bin Senik (1905-1918) yang lebih dikenali sebagai Haji Montok.

Dalam struktur organisasi Majlis dan Jabatan Agama Islam Pahang (sebelum Perlaksanaan penyusunan semula struktur organisasi, Mufti diletakkan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang). Hanya satu jawatan sahaja diwujudkan iaitu jawatan Mufti, tiada Timbalan dan kakitangan pembantu. Mufti adalah anggota tetap Majlis Ugama Islam Pahang.

Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam laporan kajian penyusunan semula Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebagaimana yang telah diluluskan telah memperakukan supaya Jabatan Mufti diasingkan terus daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Pahang mulai 1 Januari 1997.

You are here: Laman Utama Organisasi Profil Latar Belakang

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 16 MEI 2017