Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008, pada 11 -12 Jun 2008

Keputusan : Hukum Wanita membotakkan Kepala dan Berhias Secara Aneh seperti berikut :

  1. Perempuan Haram membotakkan kepala tanpa alasan yang diharuskan oleh Syarak.
  2. Perbuatan menindik telinga bagi orang lelaki adalah haram manakala bagi perempuan haram menindik selain di cuping telinga.
  3. Hukum meniru perbuatan orang kafir yang bertentangan dengan Islam adalah haram.

Keterangan/Hujah:

- Ulama' berpendapat bahawa perbuatan membotakkan kepala oleh segelintir wanita Islam adalah dilarang dan bertentangan dengan Hukum Syarak. Hadis Nabi SAW:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها (رواه الترمذى)

" Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambutya "

- Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi ketika menjawab persoalan sama ada wanita boleh bercukur kepala atau tidak, menjelaskan: " Haram ke atas kaum wanita mencukur kepala mereka berdasarkan hadis Nabi SAW. Pengharaman tersebut adalah kerana perbuatan membotakkan kepala menyamakan seseorang wanita dengan lelaki, bermegah dengan sifat-sifat kelelakian selain menzahirkan sifat-sifat buruk dalam diri wanita tersebut. Namun, harus bagi wanita mencukur kepalanya sekiranya terdapat kudis, bisul atau kutu yang banyak pada kulit kepala. Dalam situasi tersebut ia dianggap sebagai dharurah yang membolehkan kepalanya dicukur ".

- Dr. Ahmad al-Syarbasi menjelaskan bahawa sekiranya seseorang wanita mencukur rambut mereka sebagai tanda berkabung, maka ia merupakan sebahagian daripada amalan jahiliah yang amat ditegah oleh Islam. Sementara bagi wanita yang mencukur rambutnya dengan tujuan menyerupai lelaki, maka perbuatan tersebut dihukumkan sebagai haram.

- Alasan semata-mata untuk menghayati dan menjayakan watak yang dipegang dalam filem adalah tidak wajar kerana hukum melarang perbuatan tersebut. Begitu juga dengan perbuatan bertindik yang seolah-olah menjadi gaya dan trend remaja hari ini.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2008 Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017