Hukum Bersumpah Menurut Islam

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008, pada 26 Disember 2008

Keputusan : Bahawa tatacara bersumpah mesti mengikut panduan  yang ditetapkan oleh syarak dan haram mempermainkan sumpah dengan nama Allah S.W.T.

Keterangan/Hujah: 

  1. Merujuk kepada kitab Nizam al-Qadha’ Fil al-Syariah al-Islamiyyah yang ditulis oleh Dr.Abdul Karim Zaidan telah menyatakan bahawa terdapat empat (4) syarat wajib sumpah yang dikenakan ke atas orang yang di dakwa. Syarat tersebut adalah seperti berikut ;
  1. Mengingkari kebenaran dakwaan ke atasnya
  2. Orang yang mendakwa memintanya untuk bersumpah
  3. Dakwaan yang dikenakan ke atasnya adalah dakwaan yang sahih dan bukan fasid. Gugur hukum wajib bersumpah bagi dakwaan yang fasid dan dalam keadaan ini, orang yang didakwa ini tidak boleh dianggap sebagai nukul
  4. Perkara yang di dakwa berlangsung dalam tatacara sumpah berkaitan hak Alllah dan hak manusia.      
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2008 Hukum Bersumpah Menurut Islam

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017