Pegantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008, pada 26 Disember 2008

Keputusan : Bahawa orang bukan Islam dilarang meletakkan kaligrafi Islam di premis mereka bagi tujuan menjaga kehormatan ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan kalimat suci agama Islam.

Keterangan/Hujah: 

  1. Perbuatan orang bukan Islam menggantung kalimah Muhammad ataupun apa-apa sahaja kalimah suci umat Islam di dalam premis mereka adalah dianggap menghina dan mencemarkan kehormatan kalimah-kalimah suci tersebut.

  2. Fatwa Lajnah Daimah Lil Ifta' Arab Saudi memutuskan bahawa kehormatan kalimah-kalimah Islam adalah sama dengan ayat-ayat suci al-Quran. Ia sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat-tempat yang boleh dianggap menghinanya.

  3. Tindakan dan perbuatan orang-orang bukan Islam menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam sebagai bahan hiasan atau tarikan boleh terdedah kepada penipuan dan penghinaan ke atas kehormatan ayat-ayat suci atau kalimah tersebut. Di samping itu, ia juga akan menimbulkan kemarahan umat Islam.

  4. Larangan juga perlu dibuat ke atas kedai-kedai buku milik orang bukan Islam yang menjual al-Quran kerana dibimbangi cara pengendalian dan penyimpanan kitab suci tersebut boleh terdedah kepada penghinaan.

  5. Terdapat sebahagian orang bukan Islam yang meminati kesenian dan keindahan seni khat dan mereka menjadikan kaligrafi-kaligrafi ayat suci al-Quran sebagai hiasan di rumah mereka. 

  6. Kesenian khat ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah Islam boleh menjadi medium dakwah kepada orang bukan Islam. Walaubagaimanapun sekiranya dibimbangi ia boleh terdedah kepada unsur-unsur penghinaan, maka ia perlu dicegah.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2008 Pegantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017