Kedudukan Hizb Al-Tahrir Di Malaysia

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009

Keputusan : Ajaran Hizb Al-tahrir ini tidak sesuai dan haram diamalkan oleh umat Islam di Negeri Pahang

Keterangan/Hujah :

  1. Hizb tahrir ialah sebuah kumpulan berideologi ekstrim dalam menegakkan khilafah Islam menurut fahaman mereka sendiri.
  2. Keterlampauan kumpulan Hizb Al-Tahrir menyebabkan mereka menghukum kafir terhadap masyarakat Islam yang tidak menerima doktrin mereka dengan alasan redha atau tunduk di bawah sistem kafir tanpa berusaha mengubah keadaa.
  3. Fitnah terbesar kumpulan Hizb Tahrir ialah tuduhan kafir terhadap pemerintah Islam dan dakwaan dar Al-Kufur kepada seluruh Negara-negara Islam kecuali Makkah dan Madinah.
  4. Pemikiran yang mirip kepada doktrin Khawrij di dalam masalah politik serta doktrin Mu’tazilah di dalam masalah aqidah.
  5. Setakat ini Hizb Al-Tahrir dilihat masih berselindung di sebalik aktiviti-aktiviti ilmiah yang memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kewajipan menegakkan khilafah dengan membawa justifikasi berdasarkan isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan luar Negara.
  6. Hizb Al-Tahrir harus disekat berasaskan kaedah dan sadd al-zarai’ ( menyekat jalan-jalan kerosakan ) serta ‘dar ’ al-mafasid muqaddam ‘ala jalb al-masalih’ ( menyekat kerosakan lebih utama daripada membawa kebaikan), kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizb Tahrir konsep “khilafah” boleh membawa implikasi kepada keharmonian aqidah dan keselamatan Negara.
 
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2009 Kedudukan Hizb Al-Tahrir Di Malaysia

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017