Kedudukan Kumpulan Pemuda Kahfi @ Ajaran Bina Negara Islam (Ma'had Al-Zaytun)

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009

Keputusan :   Pengharaman ajaran Kumpulan Memuda Kahfi @ Ajaran Bina Negara Islam ( ma’had al-zaytun ) kerana bertentangan dan menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam.

Keterangan/Hujah:

1. Penyimpangan aqidah

a)    Menciptakan konsep tauhid yang asing serta menjurus ke arah syirik kerana menyamakan kerajaan dan umat dengan Allah

b)   Pemahaman yang menghina Rasulullah yang mana baginda diertikan tidak lebih dari penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahanNya, malah   orang lain juga adalah Rasul.

c)    Meyakini bahawa kenabian akan terus berlangsung selagi ada orang menyampaikan Islam

d)    Menciptakan ajaran dan keyakinan akan adanya autoriti kerasulan pada diri da kelompok mereka

e)    Dengan bebas melakukan penafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul

f)     Menganggap semua orang di luar kelompok mereka sebagai bukan Islam

g)    Memberi penjelasan yang meragukan terhadap rukun Iman dan rukun Islam

h)    Memberi pengertian yang menyeleweng tentang Sunnah Rasulullah

i)    Memegang fahaman salah apabila menghina keadilan sahabat-sahabat Rasulullah dengan menyamakan sikap mengikut amalan-amalan sahabat Rasulullah tiada bezanya dengan mengikut langkah Kristian yang mengikut John dan Paul

2. Penyimpangan Syariah

a)    Menyatakan bahawa solat terbahagi kepada dua jenis yang mana tidak ada asal usulnya dalam agama Islam

b)   Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak wajib solat jika berada zaman Jahiliyyah atau zaman Mekah, solat hanya di tempat yang aman.

c)    Mengeksploitasikan kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran tertentu termasuk yang berkala atas nama ‘ Daulah Islamiyah ‘  

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2009 Kedudukan Kumpulan Pemuda Kahfi @ Ajaran Bina Negara Islam (Ma'had Al-Zaytun)

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017