Hukum Pelaksanaan Takaful

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2009, pada 29 Mei 2009

Keputusan :  Hukum pelaksanaan takaful adalah harus dengan syarat ianya mematuhi prinsip syariah dalam polisi perlindungannya.

Keterangan/Hujah: 

Pelaksanaan takaful dalam menangani umat adalah suatu usaha yang sangat digalakkan di sisi syariat Islam. Oleh itu penerimaan terhadap pelaksanaan sistem ini pelaksanaan sistem ini perlu berdasarkan hujah seperti berikut :

  1. Menggunakan kaedah الاصل فى الاشياء الاباحة"   "( asal pada sesuatu perkara adalah harus). Ini kerana akad dalam takaful sama seperti akad muamalah yang lain malah ia memberi manfaat dan kebaikan kepada sesama manusia yang memerlukan
  2. Prinsip " مصالح مرسلة" untuk mengharuskan takaful. Ini kerana melalui takaful mampu memberikan kebaikan dan ruang kepada manusia memperolehi manfaat daripada tabungan yang dibuat. Bahkan melalui takaful ketenteraman seseorang akan mampu dibendung dari kerisauan terhadap musibah dan kerugian yang teruk sekiranya berlaku kemalangan.
  3. Menggunakan kaedah uruf dimana sesuatu perkara yang makruf di kalangan manusia sedang manusia berhajat kepada perkara tersebut menjadi harus disisi syara’
  4. Amalan takaful juga dilihat sebagai sesuatu perkara yang dharuri dikalangan umat Islam berdasarkan kaedah               "الضرورة تبيح المحظورات". Ini kerana hanya takaful yang mampu untuk memberikan pampasan terhadap musibah yang dihadapi oleh umat Islam sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam mempunyai pelbagai cara dalam menjamin kekuatan ekonomi dan masa depan mereka.
  5. Takaful adalah perkara yang menjadi keperluan dan kemestian bagi umat Islam. Maka ia diharuskan bagi mengangkat kesempitan terhadap manusia.Sekiranya pengambilan takaful dilarang maka ia akan menyebabkan masyaqqah (kesusahan dan kepayahan) kepada mereka.Takaful dikira sebagai jalan untuk mengangkat kesempitan dan kesusahan tersebut.
  6. Islam menggalakkan umatnya supaya saling tolong menolong.Dalam konteks takaful,bentuk tolong menolong yang diwujudkan melalui mudharabah dan tabarru’ bukan sahaja memberi faedah kepada kehidupan seseorang didunia malah Allah s.w.t. akan memberi ganjaran kepadanya di akhirat kelak.Ini berdasarkan sabda Rasullulah s.a.w.:

من فرج عن مسلم كربة من كرب الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب القيامة                                                                     

Maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan dari seseorang mukmin satu kesusahan dari kesusahan dunia,maka Allah akan melepaskan untuknya satu kesusahan daripada kesusahan hari kiamat”.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2009 Hukum Pelaksanaan Takaful

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017