Muatturun Powerpoint Khutbah Jumaat untuk tayangan di masjid

Sila Klik Disini

.......................................................................................................................................

Hebahan kepada Warga Jabatan Mufti Negeri Pahang berkenaan :

PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PEKERJAAN LUAR DI BAWAH PERATURAN 10, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PAHANG) 2015

  

.................................................................................................................................

 

Permohonan bagi penentuan dan pengesahan arah kiblat perlulah dibuat secara bertulis atau muatturun borang permohonan serta dihantar kepada : 

 

Bahagian Falak (Unit Takwim Dan Arah Kiblat)

Jabatan Mufti Negeri Pahang

26600 Pekan Pahang 

...................................................................................................................................

 

Pertanyaan bagi sebarang kemusykilan agama perlulah dibuat secara bertulis  kepada

 

Bahagian Fatwa (Unit Istinbat)

Jabatan Mufti Negeri Pahang

26600 Pekan Pahang

ATAU

emelkan kepada 

smufti@pahang.gov.my  

 

 "Soal Jawab Agama akan dijawab dalam tempoh 20 haribekerja"

...................................................................................................................................

 

 

BERITA JMNP

  • UMAT ISLAM DI PAHANG SOLAT AIDILFITRI DI RUMAH.
     
    KUANTAN, 14 MEI 2020, Solat sunat Aidilfitri di Pahang tidak akan diadakan di masjid berikutan pelaksanaan
    Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
     
    Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
    dengan tidak membuka masjid untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri secara beramai-ramai susulan penularan koronavirus (Covid-19) di negeri ini.
     
    "Jadi, umat islam boleh mengerjakan solat berjemaah (Adilfitri) di rumah dengan membabitkan ahli keluarga di rumah saja,"
    katanya ketika dihubungi hari ini.
     
    Menurut beliau, pelaksanaan solat berkenaan boleh dibuat di kediaman masing-masing dengan diimamkan oleh ketua keluarga dan
    solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan serta kesesuaian ahli keluarga.
     
    Beliau berkata, bagi imam, bilal dan siak pula boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk
    kepada pekeliling serta arahan ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
  • Fenomena  Istiwa' Adzam di atas  Kaabah

    PEKAN,15 MEI 2020 - Fenomena Istiwa' Adzam di atas Kaabah  akan berlaku pada 28 Mei 2020 (Khamis) Jam 5.16 petang.
    Oleh itu, semakan arah kiblat boleh di lakukan di mana-mana tempat  berdasarkan kepada rujukan bayang matahari pada tarikh dan masa berkenaan.
  • SOLAT JUMAAT MULAI 22 MEI 2020 DI PAHANG

    KUANTAN, 15 MEI 2020 - Pelaksanaan solat Jumaat di daerah selain Kuantan di negeri ini akan dilaksanakan mulai 22 Mei dengan sebuah masjid
    di setiap daerah,titah Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.  Baca lagi..