Penentuan Jantina Bagi (Ambiguous Genitalia Dan Testicular Feminasation

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2009, pada 29 Mei 2009

Keputusan : Menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus setelah    mendapat pengesahan daripada pakar perubatan Islam.

Sebaliknya menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak diharuskan oleh syarak adalah haram.

Keterangan/Hujah

  1. Ambigous Genitalia dan Testicular Feminisation Syndrome adalah kes-kes kekeliruan jantina bayi yang ada persamaan dengan ciri-ciri khunsa musykil. Ambigous genitalia adalah individu yang mengalami keadaan ‘ kecacatan ‘ jantina manakala Testicular Feminisation Syndrome adalah mereka yang mempunyai alat kelamin sempurna tetapi genetiknya berbeza dan cacat organ dalaman.
  2. Kebanyakkan pandangan ulama‘ seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh lebih menumpukan keharian dua alat kelamin sebagai kriteria khunsa. Keadaan zahir merupakan dasar utama dalam penetuan jantina bagi kebanyakan ulama‘. Atas asas ini, bagi kes Ambigous Genitalia kriteria yang ada pada kanak-kanak mungkin boleh diklasikfikasikan sebagai khunsa musykil.
  3. Namun bagi Testicular Feminisation Syndrome kebanyakan mereka mempunyai alat kelamin sempurna hanya segelintir terpaksa menjalani pembedahan kerana kehadiran testis pada groins ( bahagian luar alat kelamin kanak-kanak ). Bayi ini lahir pada zahirnya adalah jelas memiliki alat kelamin lelaki atau perempuan tetapi genetiknya adalah jantina berlawanan dengan jantina biologi mereka dan mengalami kecacatan orgam dalaman seperti ketiadaan rahim. Pakar perubatan mendapati bahawa kelainan jantina bayi genetik yang bertentangan dengan jantina biologi menyebabkan individu itu tidak boleh dianggap sebagai lelaki atau perempuan.       
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2009 Penentuan Jantina Bagi (Ambiguous Genitalia Dan Testicular Feminasation

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017