Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Kepada Bukan Islam

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2009, pada 29 Mei 2009

Keputusan : Bahawa hukum menyalurkan harta tidak patuh syariah tersebut kepada bukan Islam daripada sumber baitul mal adalah diharuskan.

Keterangan/ Hujah :

1. Ibnu al-Arabi berpendapat agihan zakat kepada kaum kafir terbahagi kepada 2 ;-

  1. Kafir Mushrik yang diharapkan kebaikan mereka berdasarkan kepada minat dan kecenderungan kepada ajaran Islam. Zakart diberikan bagi tujuan mendekati dan menambat hati mereka. Berdasarkan Hadith riwayat Baihaqi dan Abi Sa’id Al-Khudri menyatakan Rasulullah saw telah memberikan zakat kepada Suffian bin Harb, Abi Sufwan bin Umayyah dan lain-lain pembesar Quraish
  2. Golongan mushrik yang menggugat kesejaheraan Islam dan akiviti dakwah Islam

2. Khalifah Abu Bakr telah al-Siddiq telah mengagihkan zakat kepada ketua kabilah yang menentang beliau ( Adi bin Hatim dal al-Zarbaqan bin Badr ) semasa berlaku peristiwa murtad dikalangan kabilah arab selepas kewafatan Rasulullah saw. Dimana beliau telah mengagihkan kutipan zakat sebanyak tiga ratus ekor unta dan tiga puluh ekor kaldai kepada ketua kabilah supaya mereka tertarik dan kembali kepada Islam.

3. Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan ulama berhubung dengan agihan zakat kepadaq bukan Islam adalah bagi tujuan memikat dan melembutkan hati golongan ini supaya tertarik kepada agama Islam. Oleh itu pendekatan agihan zakat bagi tujuan dakwah dan membawa kepada memeluk agama Islam telah diharuskan oleh sesetengah ulama seperti mazhab Imam Malik, Khalil dan ‘ Abd Wahab. Begitu juga pandangan ini disokong oleh Imam al-Zuhri, Imam Jaafar al-Baqir Imam Hassan al-Basri.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2009 Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Kepada Bukan Islam

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017