Hukum Pengguguran Janin Dan Membekal Bahan Kontraseptik Kepada Golongan Yang Berisiko Tinggi

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2010, pada 6 Semptember 2010

Keputusan : Hukum pengguguran janin dan membekal bahan kontraseptif kepada golongan yang berisiko tinggi adalah seperti berikut :

1. Diharuskan pengguguran janin yang kurang daripada 4 bulan (120 hari) kepada mangsa rogol, mangsa HIV dan golongan OKU (mental dan fizikal yang tidak mampu menguruskan diri).

2. Hukum menggugurkan janin yang telah mencapai umur 4 bulan atau 120 hari adalah haram kecuali atas nasihat pakar perubatan Islam yang adil dan ia diperlukan bagi mengelakkan kemudaratan nyawa kepada ibu.

3. Haram menggugurkan janin hasil zina kecuali ia memudaratkan kesihatan ibu.

4. Hukum membekalkan bahan kontraseptif untuk tujuan penzinaan adalah haram.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2010 Hukum Pengguguran Janin Dan Membekal Bahan Kontraseptik Kepada Golongan Yang Berisiko Tinggi

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017