Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Di Dalam Ihram

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-5/2010, pada 6 Semptember 2010

Keputusan : Bahawa hukum memakai mask adalah seperti berikut :

Seseorang yang sedang berihram sama ada haji atau umrah adalah dilarang memakai pakaian berjahit yang menutupi tubuhnya termasuk tangan dan lain-lain anggota.

Hukum memakai mask bagi jemaah yang sedang berihram ketika dharurat bagi mencegah wabak penyakit berjangkit adalah diharuskan dan tidak dikenakan dam, ini adalah sebagai satu jalan rukhsah  ( kelonggaran ).

Keterangan/Hujah:

1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

2. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah:

" الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة "

iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan. 

3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.

4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.

5. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.

6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.

7. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:

"درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2010 Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Di Dalam Ihram

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017