Hukum Amalan ESQ Leadership

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-07/2010, pada 6 Semptember 2010

Keputusan :      Mesyuarat berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguanyang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan

                       Mesyuarat bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuanyang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

                       Mesyuarat juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Mesyuarat. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Negeri Pahang dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.  

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2010 Hukum Amalan ESQ Leadership

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 14 MAC 2017