Hukum Meletakkan Bunga Dan Seumpamanya Di Hadapan Datarn Pahlawan Negara/Batu Tanda Menurut Perspektif Islam

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2011, pada 7 Januari 2011

Keputusan : Haram hukum meletakkan kalungan bunga di dataran pahlawan, walaupun tidak mempunyai tugu. keputusan ini adalah bersandarkan kepada larangan daripada menyerupai agama bukan islam.

Keterangan/Hujah

1. Amalan meletakkan atau mengalungkan bunga pada dataran peringatan/batu tanda bukanlah amalan daripada ajaran Islam,tetapi ia adalah tradisi orang-orang bukan Islam,khususnya budaya masyarakat Barat.

2. Amalan meletakkan kalungan bunga yang kosnya adalah mahal,dilarang kerana ia termasuk dalam perbuatan membazir pada perkara-perkara yang tidak penting dan tidak memberi manfaat.

3. Lebih afdhal sekiranya mengenang Pahlawan-pahlawan Negara dengan menyedekahkan pahala bacaan al-fatihah,ayat al-Quran dan do’a untuk arwah si mati sebagaimana yang terkandung didalam garis panduan pembinaan dataran yang telah dikeluarkan oleh Jakim pada tahun 2009.

4. Sunnah Nabi SAW yang menyuruh umatnya menanam pokok berdaun di atas kubur agar tanaman tersebut mendoakan si mati supaya diampunkan dosa-dosanya dan bukannya meletakkan kalungan bunga di dataran peringatan/batu tanda berkenaan.Oleh itu dicadangkan supaya di tanam pokok-pokok bunga di sekitar atau hadapan dataran peringatan/batu tanda tersebut bagi mengelak kalungan bunga di tempat berkenaan untuk menjauhkan masyarakat daripada melakukan perbuatan syirik terhadap Allah SWT dan meniru budaya masyarakat barat.    

 

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2011 Hukum Meletakkan Bunga Dan Seumpamanya Di Hadapan Datarn Pahlawan Negara/Batu Tanda Menurut Perspektif Islam

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017