Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2011, pada 7 Januari 2011

Keputusan : Mesyuarat berpandangan bahawa dalam keadaan dharurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak. 

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini. 

Walaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2011 Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017