Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2011, pada 7 Januari 2011

Keputusan : Hukum kursus pelatih solat kusyuk adalah bertentangan dengan hukum Mazhab Feqah.

Kursus tersebut adalah dilarang dan haram kerana boleh membawa kerosakan aqidah, syariat dan penyelewengan terhadap tafsir al-quran.

Keterangan/Hujah

Para ulama berselisih pendapat berkenaan hukum khusyuk didalam solat, adakah ianya rukun daripada rukun-rukun solat atau hanya termasuk antara keutamaan atau pelengkap solat tersebut.

Majoriti ulama berpandangan ianya sunat daripada sunat-sunat solat berdalilkan sahnya solat bagi orang yang memikirkan ehwal keduniaan ketika mendirikan solat dan para ulama berpandangan tidak batal solat sekiranya perbuatan-perbuatan solatnya sempurna.

Bagaimanapun, sunat bagi orang yang solat untuk khusyuk dengan hati dan anggota tubuhnya dalam setiap solatnya.Ia dengan cara memelihara perkara-perkara berikut:

Tidak menghadirkan ke dalam solat selain perkara-perkara yang berkaitan solat.

Anggota tubuhnya hendaklah khusyuk iaitu dengan tidak melakukan pergerakan tanpa sebab seperti bermain janggut atau selain anggotanya seperti membetulkan pakaian atau serbannya.Bermakna kekhusyukannya terlihat melalui zahir dan batinnya, dan menghadirkan bahawa dirinya sedang menghadap dan bermunajat dengan Raja segala raja yang mengetahui segala rahsia mahupun yang tersembunyi dan bahawa solatnya sedang dipersaksikan oleh-Nya.

Hendaklah menghayati bacaan solat kerana dengannya mampu menyempurnakan matlamat solat.

Hendaklah mengosongkan jiwanya daripada segala kesibukan yang lain.Ini kerana ia membantu bagi memperoleh khusyuk dan tidak melayan bisikan hati sendiri.Ibn Abidin berkata: Ketahuilah bahawa kehadiran hati adalah mengosongkannya daripada selain apa yang meliputinya.   

 

 

 

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2011 Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017