Hukum Qurban dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Yang Tidak Diketahui Umurnya

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011

Keputusan : Hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport yang tidak diketahui umurnya adalah :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua.

Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.

Mesyuarat juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.

 

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2011 Hukum Qurban dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Yang Tidak Diketahui Umurnya

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017