Hukum Berpegang Dengan Ajaran Syiah

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011

Keputusan : Hukum berpegang dengan ajaran Syiah adalah diharamkan  untuk diamal dan disebarkan di negeri ini disebabkan fahaman dan ajaran ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Keterangan/Hujah

  • Pada rukun Iman

          Syiah hanya memiliki 5 rukun iman – tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat, Rasul, Qadha, iaitu :

  1. Tauhid ( keesaan Allah )
  2. Al-‘Adl ( Keadilan Allah )
  3. Nubuwah ( Kenabian )
  4. Imamah ( kepemimpinan Imam )
  5. Ma’ad ( Hari kebangkitan dan pembalasan

 

  • Pada rukun Islam :

          Syiah tidak mencantumkan Syahadatain dalam rukun Islam, iaitu :

  1. Solat
  2. Zakat
  3. Puasa
  4. Haji
  5. Wilayah ( Perwalian )

 

  • Syiah meyakini bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditambah atau dikurangi dari yang seharusnya. Seperti :

و أن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا في علي فأتوا بسورة من مثله

Ada tambahan “fii ‘aliyyin: dari teks asli Al-Quran yang berbunyi

 

و أن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا في علي فأتوا بسورة من مثله وادعوا شهداءكم من دون الله أن كنتم صادقين

 (البقرة: 23)

Kerana itu mereka meyakini bahawa : Abu Abdillah a.s. ( Imam Syiah ) berkata : ‘‘ Al-Quran yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW adalah tujuh belas ribu ayat. Al-Quran mereka yang berjumlah 17000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah.

Syiah meyakini bahawa para sahabat sepeninggalan Nabi SAW telah murtad kecuali beberapa orang sahaja seperti : Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy.

Syiah menggunakan senjata taqiyyah iaitu berbohong, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang sebenarnya, untuk mengelabui.

Syiah percaya kepada Ar-Rajah iaitu kembalinya roh-roh ke jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum kiamat di kala Imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam kepada lawan-lawannya.   

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2011 Hukum Berpegang Dengan Ajaran Syiah

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 14 MAC 2017