Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012

Keputusan : Skim Simpanan Nasional yang telah diperbaharui pelaksanaanya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi syariah dan diharuskan oleh syarak.

Keterangan/Hujah

Ulama Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali sepakat mengatakan qard (pinjaman/hutang) yang ada manfaatnya hukumnya haram jika manfaat itu disyaratkan ( Dipetik dari Wahbah al-Zuhayli ( 1994 ) al-fiqh al Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil 4. Damshik : Dar al-Fikr, h. 724-726-

Ibn Mundhir : ‘‘ Mereka telah sepakat bahawa jika pemberi pinjam mensyaratkan ke atas peminjam sebarang pertambahan atau hadiah, dan dia meminjam atas perkara itu, sesungguhnya pengambilan lebihan ( pertambahan ) itu adalah riba.“ ( al-Mughni, jil.2 h.436. Dipetik daripada Muhammad Hilmi al-Sayyid Isa (t.t.), Qadaya Fiqhiyyah Mu’asirah, jil 4. Kaherah: Jami’ah al-Azhar al-Sharif,h 19-

Dr.Yusof Qardawi di dalam komentarnya terhadap hadis yang bermaksud, ‘‘ Setiap pinjaman yang ada manfaat maka ia adalah riba,’’ mengatakan ‘‘ riba itu ialah hadiah atau manfaat yang disyaratkan terlebih dahulu. ’’ ( Yusof al-Qardawi, ‘‘ Ma Huwa al-Riba,’’ dalam Fawaid al-Bunuk Hiya al-Riba al-Muharram, http: //www.qaradawi.net

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2012 Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017