Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita KMJPHS

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2012, pada 9 Oktober 2012

Keputusan : Bahawa hukum perlantikan Hakim Syarie Wanita adalah harus tetapi hanya bagi kes-kes mal sahaja. 

Keterangan/ Hujah

Ayat al-Quran Surah al-Nisa ayat 34, yang menyatakan kepimpinan lelaki ke atas wanita bukanlah nas yang qat’i mengenai larangan melantik wanita sebagai hakim. Firman Allah yang bermaksud ‘‘kerana orang lelaki telah membelanjakan  ( memberi nafkah ) sebahagian harta mereka” menunjukkan bahawa ayat tersebut adalah menjurus kepada kepimpinan lelaki dalam rumahtangga iaitu tanggungjawab suami memberi nafkah. Inilah martabat yang dikurniakan oleh Allah kepada lelaki menerusi firmanNya yang bermaksud :

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka ( terhadap suami ) dengan cara yang sepatutnya ( yang tidak dilarang oleh syarak ) dalam pada itu orang-orang lelaki ( suami-suami itu ) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan ( isterinya ).

( Surah al-Baqarah : 228 )

Al-Tabari berpandangan bahawa kaum lelaki adalah kerana kewajipan suami untuk memberi nafkah dan mahar kepada isterinya. Oleh itu, Allah telah melebihkan kedudukan lelaki tersebut daripada isterinya sendiri. Ini bermakna terdapat pandangan yang merujukkan kepimpinan dalam surah al-Nisa‘ ayat 34 kepada hal kekeluargaan, tidak menjangkau soal kelayakan wanita sebagai hakim.

Menurut beliau, wanita harus dilantik menjadi hakim kerana dinisbahkan tiada halangan kepada wanita untuk berijtihad dan mengeluarkan fatwa. ( Zofir al-Qasimy : 251 )  

 

 

 

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2012 Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita KMJPHS

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017