Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Geneva Malaysia SDN BHD

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2012, pada 9 Oktober 2012

Keputusan : Bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli dan yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman

Oleh yang demikian, umat Islam khususnya di Negeri Pahang dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual beli emas seperti yang digariskan syarak atau undang-undang negara 

Keterangan/Hujah

Urusan jual beli dan pelaburan emas yang dijalankan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn.Bhd adalah menyalahi hukum syarak. Ini berdasarkan kepada hasil penyiasatan dan maklumat modus operandi syarikat tersebut yang didapati :

  • Tidak memenuhi syarat jual beli barang-barang ribawi, iaitu tiada taqabud semasa akad;
  • Mengandungi unsur gharar, iaitu emas yang dijual tidak dimiliki oleh syarikat semasa akad;
  • Mempunyai unsur penipuan, iaitu syarikat mendakwa mempunyai penasihat syariah dan piawaian emas, padahal iatidak wujud;
  • Mengandungi unsur eksploitasi kepada pembeli yang membayar harga emas lebih tinggi daripada harga pasaran untuk mendapatkan ganjaran hibah yang lebih tinggi; dan
  • Wujud pemisahan tempoh masa yang lama, ( tidak secara serta merta ) antara ijab dan kabul 
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2012 Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Geneva Malaysia SDN BHD

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017