Hukum Bahan Pewarna Cochineal : Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan 12/2012

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2012, pada 9 Oktober 2012

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna Cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan

Keterangan/Hujah

Bahan pewarna cochineal adalah bersumberkan serangga jenis kumbang yang hidup di kawasan negara Amerika Latin

Para fuqaha ulama mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali bersepakat bahawa haiwan atau biantang atau serangga yang darahnya tidak mengalir adalah bersih dan tidak najis manakala ulama mazhab Shafi’i menganggap serangga yang darahnya tidak mengalir adalah najis ( bangkai )

Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan

 

 

 

 

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2012 Hukum Bahan Pewarna Cochineal : Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan 12/2012

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017