Hukum Tanduk Rusa Yang Diambil Semasa Hidup Untuk Tujuan Pemakanan Kesihatan

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2013 pada 28 Januari 2013

 

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan makanan kesihatan yang dicampurkan dengan tanduk rusa yang diambil ketika masih hidup adalah haram.

Keterangan/ Hujah                 

Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Waqid Al-Laithi :

عن ابي وْقد اليلثى قال : قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة وهم يحبون أسئمىة  لاءبل ويقطعون أليات الغنم قال : ما قطع من البهيمة وهى حية فهى ميتة.     (رواه الحاكم)

Maksudnya :  Telah datang pertanyaan kepada Nabi SAW sewaktu di madinah tentang perbuatan satu puak yang mengamalkan memotong bonggol-bonggol unta dan mengerat ekor-ekor kibas, sabdanya : Barang yang dipotong daripada binatang pada halnya ia hidup maka ia adalah bangkai.     

Berdasarkan hadis diatas sekiranya tanduk rusa yang diambil daripada rusa yang disembelih adalah halal.

Adapun sekiranya tanduk-tanduk itu diambil dari rusa yang hidup maka ia adalah dikira bangkai dan tidak halal dimakan.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2013 Hukum Tanduk Rusa Yang Diambil Semasa Hidup Untuk Tujuan Pemakanan Kesihatan

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 14 MAC 2017