Ajaran Meragukan Oleh Harun Bin Mat Saad

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 3 Oktober 2013

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum berpegang dengan ajaran oleh Harun bin Mat Saad adalah haram.

Keterangan/ Hujah

  1. Melalui buku yang ditulisnya ‘‘ Buku Teks Maha Graduan ’’ terbitan Pusat Latihan Masa Hadapan ( PLTMH ) Harun bin Mat Saad menukilkan bahawa beliau telah mengenal zat Tuhan. Hal ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengatakan manusia adalah mustahil mengenal zat Tuhan.

 

  1. Harun bin Mat Saad juga mengakui dia adalah berpangkat Tuhan. Buku terbitannya adalah menyeleweng pada keseluruhannya kerana tiada seorang ulama pun membicarakan mengenai zat Tuhan melainkan Harun bin Mat Saad Sahaja yang berbuat demikian.
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2013 Ajaran Meragukan Oleh Harun Bin Mat Saad

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 16 MEI 2017