Hukum Menghisap Shisha Menurut Pandangan Syarak

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 3 Oktober 2013

Mesyuarat : Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum menghisap shisha adalah haram.

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkatan dengannya.

 

Keterangan/ Hujah

Mesyuarat menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Hadis serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir, dan mensia-siakan masa harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji.   

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2013 Hukum Menghisap Shisha Menurut Pandangan Syarak

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 16 MEI 2017