Hukum Pemakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah Allah Dan Muhammad Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengebumian

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 27 Mei 2014

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pemakaian Tentera Mempunyai Kalimah Allah Dan Muhammad Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengebumian adalah haram

Keterangan/ Hujah    

1. Muzakarah menegaskan bahawa Lafdz Al-Jalalah (Allah) dan Muhammad (Nabi Muhammad SAW) adalah merupakan kalimah yang wajib dipelihara kehormatannya daripada sebarang perkara yang boleh mencemarkannya seperti memakai/membawa kalimah-kalimah tersebut ke upacara ibadat orang bukan Islam atau pun ke tempat-tempat yang boleh menyebabkan  terkena  najis.

2. Mesyuarat  juga menegaskan bahawa para ulama’ berpandangan bahawa adalah haram menulis sesuatu daripada ayat al-Quran atau nama yang diagungkan pada sesuatu objek yang berkaitan dengan mayat kerana ia akan terkena najis nanah yang bercampur darah.

3. Sehubungan itu bagi menjaga kehormatan kedua-dua kalimah tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan pakaian tentera atau sebagainya yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad samada dalam tulisan rumi atau jawi pada mayat orang Islam atau bukan Islam adalah haram.

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2014 Hukum Pemakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah Allah Dan Muhammad Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengebumian

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017