Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19 Februari 2014

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan dilarang mana-mana orang Islam menyebar dan menyimpan bahan bacaan Ajaran As-Salafiah @ Al- Wahabiyah dan seumpamanya

                 Tindakan secara penguatkuasaan undang-undang boleh dilaksanakan kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut mengikut kesalahan yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah 2013

                 Sesiapa yang mempunyai tauliah dan melanggar larangan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang dan ditarik tauliah atau kebenaran mengajar yang telah di berikan

Keterangan/ Hujah

1. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah adalah ajaran yang berlainan dengan apa yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang  berlandaskan mazhab Asyirah dan Maturidiah di dalam akidah dan mazhab Syafie di dalam bab Fekah.

2. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah kebiasaanya menganggap apa yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama adalah sebagai bidaah. Sedangkan amalan-amalan seperti tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat, bacaan Qunut dan sebagainya itu hanyalah khilafiyah di  kalangan ulama Islam.

3. Adalah terbukti di sesetengah tempat kewujudan ajaran As-Salafiah @ Wahabiyah ini membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, ajaran ini adalah di larang diajar dan diamalkan di Negeri Pahang khususnya.                               

                                     

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2014 Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 10 OGOS 2017