Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzan Mengikut Takwim Hijriah Untuk Menentukan Sah Nasab

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19 Februari 2014

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa kaedah hitungan tempoh enam bulan dua lahzah mengikut takwim hijri untuk penentuan status sah nasab adalah mengikut takwim hijri semasa

Keterangan/ Hujah

Mesyuarat menjelaskan bahawa dalam takwim Hijri, jumlah bilangan hari pada setiap bulan adalah tidak tetap iaitu 29 atau 30 hari. Mesyuarat memutuskan memakai kaedah hitungan takwim hijri semasa dan ianya tidak genap 180 hari kerana terdapat beberapa bulan yang kadar hitungan harinya 29 hari.  

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2014 Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzan Mengikut Takwim Hijriah Untuk Menentukan Sah Nasab

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 26 APRIL 2017