Kajian Semula Asal Usul Tiupan Rouse Dan Last Post Dalam Angkatan Tentera Malaysia

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 27 Mei 2014

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Tiupan Rouse dan Last Post adalah harus kerana ianya  tidak mengandungi unsur syirik, tashabbuh dan tidak bersumberkan kepada amalan agama Kristian atau Yahudi

Keterangan/ Hujah

1. Tiada unsur tashabbuh dalam Tiupan Rouse dan Last Post kerana tiupan tersebut hanya sebagai cara yang telah diamalkan sejak dahulu didalam agama Angkatan Tentera Malaysia

2. Dalam agama Kristian sendiri tidak mengamalkan tiupan dalam aktiviti harian mereka mahupun di gereja. Tiupan Rouse dan Last Post tidak bersumberkan agama Kristian

3. Motif penggunaan Tiupan Rouse dan Last Post pada masa kini adalah sebagai alat komunikasi tentera dan ditiup di dalam kem

4. Penggunaan Tiupan Rouse dan Last Post adalah universal. Ia bermula apabila berlaku pertembungan di antara Barat dan Kerajaan Islam Uthmaniah, malah Barat juga mengambil dan mengubahsuai penggunaan muzik dari Kerajaan Uthmaniah.

5. Tidak ada ulama di negara-negara Islam yang merdeka yang mengharamkan penggunaan alat-alat muzik dalam tentera

6. Didapati bahawa dalam lirik Rouse dan Last Post juga hanya menunjukkan kata-kata semngat dan tiada unsur-unsur syirik dan lagha

 

Mesyuarat juga berpandangan bahawa walaupun muzik atau bunyi-bunyian tiada halangan di dalam Islam, tetapi ia dibenarkan selagimana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam hal ini, Mesyuarat menegaskan bahawa penggunaan bunyi-bunyian atau muzik tidak perlu dilaksanakan dalam pengurusan jenazah orang Islam samada dalam tentera atau sebagainya.     

                                   

You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Fatwa Keputusan Fatwa 2014 Kajian Semula Asal Usul Tiupan Rouse Dan Last Post Dalam Angkatan Tentera Malaysia

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 23 JUN 2017