Pengenalan

Bahagian Falak

Unit falak bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

  • Menyediakan takwim Islam dan Miladi, jadual waktu berbuka puasa, imsak Ramadhan dan waktu solat.
  • Menyediakan serta membuat kiraan data rukyah, membuat cerapan hilal untuk menentukan awal bulan hijrah serta mengadakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Pahang dan Kebangsaan.
  • Menyediakan data-data peristiwa sambutan perayaan Islam seperti Maal Hijrah, Hari Asyura, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul dan sebagainya.
  • Menyediakan data-data peristiwa berlakunya gerhana matahari dan bulan serta mantapkan tempoh berlakunya gerhana untuk panduan solat gerhan di Negeri Pahang.
  • Menyediakan penerangan dan taklimat berhubung dengan penentuan arah kiblat, waktu solat, kaedah rukyah kepada semua Pegawai Agama, Imam, Bilal dan masyarakat di seluruh Negeri Pahang.
  • Membuat pengesahan dan semakan arah kiblat bagi pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan.
  • Berperanan sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Pahang dan menyediakan data-data rukyah awal Ramadhan, zulhijjah serta melaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang untuk disembah maklum kepada KDYMM Sultan Pahang, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dan juga kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Kebangsaan JAKIM.
You are here: Laman Utama Perkhidmatan Bahagian Falak Pengenalan

DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN FAQ

 Laman Web Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1366 x 768 dan ke atas.

Diselenggara olehWebmaster Jabatan Mufti Negeri Pahang

 Tarikh Akhir Kemaskini : 16 MEI 2017