Soalan :

 

Saya hendak bertanya, bagaimana jika seorang wanita mendapat keyakinan diri  dengan berhias dan berwangi-wangian apabila keluar dari rumah? Adakah ia dikira tabarruj juga sedangkan jika dia tidak melakukan demikian, dia akan berasa serba tidak kena dan moody pada hari tersebut ?

 

Jawapan :

 

Tabarruj adalah salah satu perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT. Akan tetapi Islam tidaklah melarang bagi wanita untuk berhias kerana Islam itu indah dan suka pada keindahan. Berhias dalam Islam dibolehkan akan tetapi tidak boleh berlebih-lebihan. Islam juga mengajar cara berhias dengan cara yang betul dan baik tanpa merugikan serta merendahkan martabat wanita itu sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

 “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan(Surah.: Al-A‘raaf, 7: 31).

Bagi wanita Islam apa yang perlu dititik beratkan apabila berhias adalah menjauhkan daripada tabarruj iaitu berlebih-lebihan dalam berhias.

Adapun kaedah pertama yang harus diperhatikan bagi wanita yang hendak berhias adalah hendaknya ia menghindari perbuatan tabarruj. Tabarruj secara bahasa diambil dari kata al-burj (bintang sesuatu yang terang dan tampak). Di antara maknanya adalah berlebihan dalam menampakkan perhiasan dan kecantikan, seperti : kepala, wajah, leher, dada, lengan, betis, dan anggota tubuh lainnya, atau menampakkan perhiasan tambahan. Imam asy-Syaukani berkata, “At-Tabarruj adalah dengan seorang wanita menampakkan sebagian dari perhiasan dan kecantikannya yang (seharusnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana dapat memancing syahwat (hasrat) laki-laki” (Fathul Qadir karya asy- Syaukani).

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

 “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …”(Surah : Al-Ahzaab, 33: 33).

Berhias dan berwangi-wangian dibolehkan tetapi hendaklah bersederhana dan tidak keterlaluan sehingga menaikkan nafsu syahwat apabila lelaki bukan mahram melihatnya.

 

Rujukan :

  1. Al-Albani, Syaikh Muhammad Nashiruddin.Adaabaz-Zifaaf [Terj].Media Hidayah.
  2. Majmu‘ahMinal ‘Ulama.Fatwa-Fatwa TentangWanita.DarulHaq.
  3. Syabir,Dr. Muhammad Utsman.FiqhKecantikan. Pustaka at-Tibyan.

Print