Soalan :

 

Hukum pembangunan Android robot dari pandangan  hukum syara’.

Android robot merupakan mesin ciptaan manusia yang merupai seseorang  manusia dari pelbagai aspek seperti pergerakan , penampilan  rupa paras dan tinkah laku.kajian ilmu ini dikenali sebagai sains android. Isu utama yang menjadi persoalan masyarakat awam daripada sudut hukum syara’ ialah pembinaan platform robot  yang menyerupai manusia.

Oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak tuan tentang isu ini dengan berdasarkan kepada sumber al-Quran dan Hadith mengenai garis panduan etika Sains Islam  dan persepsi islam dalam isu pengklonan manusia dan patung , manusia  yang sedia ada.

 

Jawapan :

Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menceritakan :

Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dari suatu safar dan aku ketika itu menutupi diri dengan kain tipis milikku di atas lubang angin pada tembok lalu di kain tersebut terdapat gambar-gambar. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat hal itu, beliau merobeknya dan bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksanya pada hari kiamat adalah mereka yang membuat sesuatu yang menandingi ciptaan Allah.” ‘Aisyah mengatakan, “Akhirnya kami menjadikan kain tersebut menjadi satu atau dua bantal.”  (HR. Bukhari dan Muslim).

 

Jumhur ulama’ mengharamkan lukisan dan patung. Firman Allah SWT yang bermaksud :

 

“Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.(al-mu’minun:14 )

 

Walaubagaimanapun pembuatan patung untuk anak-anak bermain adalah harus. Manakala menurut mazhab maliki pembuatan patung untuk tujuan kebaikan dan memberikan manfaat kepada manusia adalah diharuskan. Selain itu, patung yang dibuat untuk tujuan penyembahan adalah haram.

Justeru pembuatan robot adalah harus kerana  memberikan manfaat yang besar kepada manusia  dan lebih utama berbanding pembuatan patung untuk diberikan kepada anak-anak bermain.

 

Sumber Rujukan :

  1. Hadis Bukhari dan Muslim.
  2. Fiqh Islami.
  3. Tafsir At-Thobari.

Print