BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) MODUL KOKURIKULUM FALAK SEKOLAH

MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN)

 

CHERATING, 11 MAC 2019 - Bahagian Falak di Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan

sebuah Bengkel Training of Trainers Modul Kokurikulum Falak Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Bengkel ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 Mac 2019 sehingga 13 Mac 2019 seramai

90 orang peserta  yang melibatkan guru dan pelajar. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi

penjelasan dan penerangan  kepada guru dan pelajar mengenai tahap-tahap yang terdapat dalam Modul Kokurikulum

tersebut. Program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta  bagaimana cara atau teknik merakam dan

memproses imej astronomi serta mengendalikan alatan cerapan. Latihan juga diberikan kepada para peserta untuk

menjadi fasilitator mengajar menggunakan modul tersebut sebagai panduan aktiviti kokurikulum falak di sekolah

masing-masing.  Para penceramah jemputan terdiri daripada 5 orang iaitu Prof. Madya Dr Baharuddin Bin Zainal, 

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Irfan, Encik Ahmad Taufan Bin Abdul Rashid dan Encik Shahrin Bin Ahmad. Bengkel ini telah

dirasmikan oleh Sahibus Samahan Mufti Negeri Pahang YH Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman

SSAP.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.,PKC.

Print