BENTONG, 25 NOVEMBER 2019 - Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang telah
menganjurkan sebuah Program Bicara Mufti peringkat daerah Bentong dan Bera
pada 25 sehingga 27 November 2019. Antara masjid-masjid yang terlibat ialah Masjid Ubudiyah (F) Chemomoi, Pelangai,
Masjid Jamek Bandar Triang,Bera, Masjid Felda Kemasul Pelangai, dan juga surau Al-Falah Taman Jati Bera. Antara aktiviti
yang dijalanakan adalah Semakan Tarikh Lahir Islam, Acara menanam pokok Kenangan oleh Sahibus Samahah Mufti
Negeri Pahang, diskusi ilmiah, solat berjemaah dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Pihak kami juga telah menjemput
penceramah iaitu Tuan Guru Maulana Juhari Bin Muhammad Ali Al-Jenderaki Mudir Darool Ulum Al-Islamiah,Jerantut.
Terima kasih kepada penganjur bersama iaitu Pejabat Agama Islam Daerah Bera, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong,
Pejabat Felda Chemomoi, Pejabat Felda Kemasol,Penghulu-penghulu Mukim,MPKK dan masjid-masjid yang terlibat.