16 Jun2020
PEKAN, 16 JUN 2020 - Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku pada 21 Jun 2020 (Ahad)
bersamaan 29 Syawal 1441H bermula pada jam 2.30 petang dan tamat sekitar jam 5.00 petang. Kaedah
mencerap yang disarankan adalah menggunakan cermin mata matahari, kaedah kamera lubang pin dan kamera
(yang dipasang pelapis).