23 SEPTEMBER 2020 - Program Seminar Fiqh Falak Bil 3/2020 Peringkat Daerah Maran anjuran Bahagian Falak Jabatan
Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Maran telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan
Haji Ahmad Shah, Maran.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu
falak atau astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam. Selain itu, ianya juga menjelaskan isu-isu berkaitan
Gerhana Bulan dan Matahari yang merupakan tanda keagungan Illahi serta mengeratkan hubungan sillaturrahim antara
Jabatan Mufti dengan masyarakat setempat.
Y.Bhg Prof Madya Dr Mat Rofa Bin Ismail salah seorang ahli mesyuarat Falak Jakim telah dijemput sebagai
penceramah. Program ini akan dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang YH
Dato'Sro Dr.Haji Abdul Rahman Bin Hj Osman SSAP.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.,PKC.