Program Pemantapan Khatib Siri 3/ 2020 Peringkat Daerah Bentong
26 OKTOBER 2020 - Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang Peringkat Daerah Bentong Siri 3/2020 telah
menganjurkan Program Pemantapan Khatib pada 26 Oktober 2020 di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong
dengan kerjasama Pejabat Islam Daerah Pekan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan teknik-teknik penyampaian khutbah yang berkesan. Selain itu,
menyarankan peranan Imam dan Bilal dalam menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama ke masjid.
Pihak kami telah menjemput penceramah iaitu Encik Abdul Kamil Bin Jamaludin, Pensyarah Pengajian Islam, Pusat Sains
Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YH Dato Sri' Abdul Rahman Bin Haji Osman
Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.