Pekan,08 Disember 2020 - Bahagian Falak , Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Seminar Fiqh Falak
Peringkat Daerah Pekan pada 08 Disember 2020 bertempat di Dewan Dewan Al-Bukhary IKM Tan Sri Yahaya Ahmad,
Pekan.
Seminar ini juga mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan bagi mempertingkatkan kefahaman kepada
masyarakat tentang kepentingan ilmu falak atau astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam.
Ilmu falak ini satu ilmu yang perlu dipelajari bagi setiap individu. Ini juga bagi menjelaskan isu-isu berkaitan gerhana
Bulan dan Matahari yang merupakan tanda keagungan Illahi serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara Jabatan
Mufti dengan masyarakat.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang YH Dato Sri'Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji
Osman, SSAP.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.,PKC