DASAR KUALITI

Jabatan Mufti Negeri Pahang beriltizam memberikan perkhidmatan yang memenuhi hukum syarak demi memartabatkan syariat Islam melalui penerapan budaya kerja cemerlang. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

 

OBJEKTIF KUALITI

1.  Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan jabatan

 

i. Memastikan jawapan soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari 

   tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.

 

ii. Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja dari permintaan fatwa

    yang telah dikenalpasti.

 

iii. Memastikan kertas kerja fatwa (endorsment) siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke

    Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

 

iv. Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja

    setelah minit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan.

 

2. Memastikan tahap kepuasan pelanggan tercapai.

3. Memastikan aduan pelanggan dapat diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja.

4. Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang

    bersesuaian sebanyak 7 hari setahun.

5. Memastikan Teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat

    pertama pada bulan berikut.

6. Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun.

7. Memastikan permohonan arah kiblat dilaksanakan dalam masa 15 hari setelah permohonan

    diterima.

Print