LATAR BELAKANG

Dalam konsep pentadbiran Islam, Mufti merupakan satu jawatan yang tertinggi dan

dihormati di Malaysia. Di Pahang jawatan Mufti diwujudkan secara rasmi bermula di

zaman pemerintahan Bendahara Wan Ali (1806-1857), di mana Mufti diberikan tanggungjawab

menasihati Sultan dan mengajar Kerabat-kerabat Diraja. Menurut catatan sejarah, Mufti Pahang

semasa itu ialah Tuan Haji Abdul Shukur dan selepas itu, Tuan Haji Habib Muhammad Amin pula dilantik

sebagai Mufti, namun begitu kedua-dua tokoh tersebut tidak dapat disahkan sebagai Mufti berdasarkan

kepada catatan rekod perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan Pahang. Berdasarkan catatan rekod, Mufti Pahang yang

pertama ialah Haji Uthman bin Senik (1905-1918) yang lebih dikenali sebagai Haji Montok.

 

Dalam struktur organisasi Majlis dan Jabatan Agama Islam Pahang (sebelum Perlaksanaan penyusunan

semula struktur organisasi, Mufti diletakkan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang). Hanya satu

jawatan sahaja diwujudkan iaitu jawatan Mufti, tiada Timbalan dan kakitangan pembantu. Mufti adalah

anggota tetap Majlis Ugama Islam Pahang.

 

Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam

laporan kajian penyusunan semula Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebagaimana yang telah

diluluskan telah memperakukan supaya Jabatan Mufti diasingkan terus daripada Majlis/Jabatan Agama Islam

Pahang mulai 1 Januari 1997.

Print