TAJUK :

Harga Beras Zakat Fitrah 1433H

 

OLEH :

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012

 

KEPUTUSAN :

Mesyuarat bersetuju agar harga Zakat Fitrah 1433h /2012M sebanyak RM 7.00 bagi segantang Baghdad.

 

KETERANGAN/HUJAH :

Harga beras fitrah di negeri Pahang ditetapkan adalah berdasarkan kepada harga beras gred SST 5 % dengan kadar 1 gantang baghdad bersamaan 2.7 kilogram dan mendapat KDYMM Sultan Pahang

Harga beras gred SST 5 % yang telah dikeluarkan oleh Seksyen Kawalan Padi Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pahang Darul Makmur bagi tahun 2012 ialah sebanyak RM 2.60 sen sekilogram.

Print