TAJUK :

Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional

 

OLEH :

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012

 

KEPUTUSAN :

Skim Simpanan Nasional yang telah diperbaharui pelaksanaanya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi syariah dan diharuskan oleh syarak.

 

KETERANGAN/HUJAH :

Ulama Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali sepakat mengatakan qard (pinjaman/hutang) yang ada manfaatnya hukumnya haram jika manfaat itu disyaratkan ( Dipetik dari Wahbah al-Zuhayli ( 1994 ) al-fiqh al Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil 4. Damshik : Dar al-Fikr, h. 724-726-

Ibn Mundhir : ‘‘ Mereka telah sepakat bahawa jika pemberi pinjam mensyaratkan ke atas peminjam sebarang pertambahan atau hadiah, dan dia meminjam atas perkara itu, sesungguhnya pengambilan lebihan ( pertambahan ) itu adalah riba.“ ( al-Mughni, jil.2 h.436. Dipetik daripada Muhammad Hilmi al-Sayyid Isa (t.t.), Qadaya Fiqhiyyah Mu’asirah, jil 4. Kaherah: Jami’ah al-Azhar al-Sharif,h 19-

Dr.Yusof Qardawi di dalam komentarnya terhadap hadis yang bermaksud, ‘‘ Setiap pinjaman yang ada manfaat maka ia adalah riba,’’ mengatakan ‘‘ riba itu ialah hadiah atau manfaat yang disyaratkan terlebih dahulu. ’’ ( Yusof al-Qardawi, ‘‘ Ma Huwa al-Riba,’’ dalam Fawaid al-Bunuk Hiya al-Riba al-Muharram, http: //www.qaradawi.net

Print