TAJUK :

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Di Malaysia

 

OLEH :

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012

Keputusan : Bahawa indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan . Oleh itu, penggunaan indelible ink adalah diharuskan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat islam.

 

KETERANGAN/HUJAH

Hasrat serta komitmen pihak SPR untuk mempertingkatkan ketelusan proses sistem pilihanraya adalah satu usaha yang wajar dipuji dan perkara ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut supaya prinsip integriti dan ketelusan dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah

Walaubagaimanapun, persoalan yang berbangkit dalam penggunaan indelible ink iaitu aspek komposisi bahan dan ketelapan air yang boleh memberikan kesan kepada hukum syarak sebenarnya yang memerlukan keputusan supaya dapat meleraikan persolan dan kegusaran para pemilih khasnya umat Islam dalam negara yang merupakan majoriti pemilih.

Daripada aspek kesihatan pula, YBhg.Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd.Yusof, Pengerusi SPR dalam media bertarikh 20 Disember 2011 telah menyatakan bahawa pihak SPR akan memohon pandangan serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) untuk memastikan ia selamat digunakan. Oleh yang demikian, isu isu berkaitan kesihatan adalah wajar ditangani oleh KKM sebagai pihak yang berautoriti dalam perkara tersebut.      

Print