TAJUK :

Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat

 

OLEH :

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2011, pada 7 Januari 2011

 

KEPUTUSAN :

Mesyuarat berpandangan bahawa dalam keadaan dharurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak. 

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini. 

Walaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos.

Print