TAJUK :

Hukum Amalan ESQ Leadership

 

OLEH :

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-07/2010, pada 6 Semptember 2010

 

KEPUTUSAN :

Mesyuarat berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguanyang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan

Mesyuarat bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuanyang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Mesyuarat juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Mesyuarat. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Negeri Pahang dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.

Print