TAJUK  :

HUKUM PELUPUSAN ANGGOTA, TISU, DAN JANIN ORANG ISLAM    10/2017

 

TARIKH / TEMPAT :

27 April 2017

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

 

KEPUTUSAN : 

Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin orang Islam hendaklah diuruskan berdasarkan kepada syarak.

Sekiranya anggota tersebut terpotong daripada jasad semasa hidup maka ia hendak ditanam tanpa dibasuh dan disolatkan.

Sekiranya ia adalah anggota yang dijumpai selepas daripada mati maka ianya hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan 

Janin yang gugur  ( tidak cukup bulan ) dan mempunyai tanda hidup tetapi bersifat maka ia hendaklah dimandi, dikafan, dan dikebumikan

Janin yang gugur berupa ketulan daging yang tidak bersifat maka disunatkandibungkus dan ditanam tanpa dimandi dan disembahyangkan

Hukum melupuskan anggota, janin dan tisu orang Islam secara pembakaran adalah haram kecuali darurat    

 

Disediakan oleh :

Bahagian Fatwa

Jabatan Mufti Negeri Pahang

Urusetia Mesyuarat

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.

 

Tarikh : 2  Mei 2017

 

 

Disahkan oleh :

Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman

DSAP,.DIMP,.SMP,.AMP,.PKC,.

Mufti Negeri Pahang.

 

Tarikh : 3 Mei 2017

Print