Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأربعاء، 16 تشرين1/أكتوير 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

PEMBENTANGAN SITUASI WABAK COVID-19 TERKINI DI NEGERI PAHANG 1/2020

Oleh :
Mesyuarat Khas 1 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali pertama / 2020 pada 17 Mac 2020

Keputusan :
Mesyuarat telah mengambil makluman bahawa :
  1. Corona Virus adalah sejenis virus yang baru yang belum mempunyai vaksin untuk tujuan penyembuhan
  2. Corona Virus mengambil masa inkubasi selama 14 hari . Oleh itu , di dalam tempoh tersebut beberapa gejala seperti demam , batuk dan sukar bernafas akan dirasa oleh pesakit Covid-19.
  3. Covid-19 boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia lain yang disebut ‘‘ kontek rapat ‘‘ .
  4. Pertubuhan kesihatan sedunia ( WHO ) telah mengisyhtiharkan ia sebagai pandemik . Sebanyak 135 buah negara telah dijangkiti . Ia berasal dari Wuhan , China .
  5. Setakat ini , China , Itali , Arab Saudia dan Singapura telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP )
  6. Perkembangan terkini seramai 432 orang telah dijangkiti di Malaysia . Manakala 42 orang telah sembuh . Sebahagian besar adalah berkaitan dengan kes kluster tabligh yang berhimpun di Sri Petaling
  7. Taburan kes di Pahang ; Kuantan 7 , Pekan 7 , Jerantut 4 , Bentong 4 dan Temerloh 1 .
  8. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berusaha untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada pemimpin dan orang ramai bahawa Covid-19 adalah wabak penyakit yang dijangka akan berlarutan dan bertambah serta akan memakan korban yang ramai .
  9. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah dan akan menyaring pesakit-pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan kontek-kontek rapat mereka , membuat kawalan infeksi atau nyahkuman di tempat – tempat tertentu dan memantau kesihatan anggota-anggota yang menguruskan kes-kes Covid-19 .