PEMBEKUAN SEL SPERMA DAN OVUM DARIPADA INDIVIDU YANG BELUM BERKAHWIN ATAS SEBAB PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 04/2025 bersidang pada 13 hingga 14 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa :
Mesyuarat memutuskan bahawa hukum pembekuan sel sperma dan ovum adalah harus untuk pesakit yang menjalani rawatan dan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
a) Individu tersebut telah disahkan oleh pakar perubatan berautoriti bahawa rawatan kimoterapi dan radio terapi akan terdedah kepada risiko kemandulan;
b) Tiada pilihan rawatan lain yang boleh digunakan selain daripada rawatan yang boleh menyebabkan risiko kemandulan;
c) Pasangan yang terlibat hendaklah berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan zuriat dengan proses biasa setelah mendapat rawatan;
d) Sekiranya usaha tidak berhasil dan persenyawaan secara IVF diteruskan, sel sperma dan ovum yang dibekukan hendaklah disenyawakan dalam tempoh
ikatan perkahwinan yang sah dan pasangan tersebut masih hidup;
e) Prosedur pembekuan dan penyimpanan hendaklah dilaksanakan menurut prosedur yang lebih berhati-hati, amanah dan berintegriti bagi memastikan tiada risiko kecelaruan nasab;
f) Sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam prosedur penyimpanan, benih tersebut tidak boleh digunakan untuk rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (Assisted Reproductive Technology, ART) bagi mengelakkan kecelaruan nasab; dan
g) Hendaklah mematuhi garis panduan yang akan diluluskan oleh muzakarah MKI