24 شباط/فبراير 2026
Galakkan Solat Sunat Tarawih Di Bulan Ramadan
1. Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia. Kemulian bulan ini disambut dengan pelbagai bentuk amal soleh yang dilaksanakan oleh masyarakat muslim seluruh dunia. Antara amalan utama dalam bulan Ramadan adalah menghidupkan malam dengan bersolat sunat tarawih. Di kebanyakan tempat di negara kita, suasana solat tarawih disambut dengan begitu meriah oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua dan muda dan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Ia dapat dilaksanakan dengan penuh ceria, aman dan tenteram. Ini merupakan satu nikmat yang sangat besar yang Allah SWT kurniakan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.
2. Dalam keseronokan menyambut kehadiran bulan pesta ibadah ini, sering kali timbul persoalan dalam penetapan bilangan rakaat solat sunat tarawih tersebut. Keadaan ini sering menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak terutamanya pihak pengurusan masjid dan surau yang kebingungan dalam menetapkannya demi meraikan para Jemaah dan ahli kariah masing- masing. Oleh itu penulisan ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan perkara ini.
3. Menghidupkan amalan malam adalah sunnah yang sangat dituntut dan ibadah yang sangat bernilai. Banyak teks dari Al-Quran dan Sunnah yang memberi galakkan dan menyatakan kepentingan serta ganjaran yang besar kepada pengamalnya. Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا خَرُّوا۟ سُجَّدًۭا وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ ١٥ تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًۭا وَطَمَعًۭا وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ١٦
“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami, hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud (menandakan patuh dan taat), dan menggerakkan lidah sambil bertasbih dan memuji Tuhan mereka, serta mereka tidak bersikap sombong takbur. Mereka menjauhkan (diri) mereka daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerana menunaikan solat tahajjud dan amalan soleh), mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut (akan kemurkaanNya) dan ingin memperoleh (keredaanNya) dan mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [1]
Di dalam ayat ini secara jelas Allah SWT sendiri telah mensifatkan orang-orang yang menghidupkan malam dengan amal ibadah ini sebagai orang yang beriman.
4. Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:
إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍ ١٥ ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ ١٦ كَانُوا۟ قَلِيلًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ١٧ وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ١٨
“Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga dengan beberapa mata air yang terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja waktu malam mereka untuk tidur. Pada akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” [2]
Di dalam ayat ini pula Allah SWT menyifatkan orang yang menghidupkan malam sebagai orang yang bertaqwa. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Allah SWT juga menjanji kenikmatan syurga kepada mereka yang berusaha menghidupkan malam dengan amal soleh.
5. Ini adalah sebahagian daripada ayat – ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kelebihan menghidupkan malam. Kelebihan yang dinyatakan ini tidaklah terkhusus kepada bulan Ramadan sahaja bahkan ia bersifat umum untuk sepanjang tahun. Sekiranya menghidupkan malam selain Ramadan pun telah dikurniakan dengan nikmat yang sebesar ini, maka bayangkanlah bagaimana jika malam yang dihidupkan itu adalah malam- malam Ramadan, yang telah diketahui bahawa ia adalah sebaik- baik bulan dan didalamnya pula terdapat malam lailatul Qadar yang sangat agung dan lebih baik daripada seribu bulan.
6. Adapun dalil yang menyebutkan secara khusus berkenaan menghidupkan malam Ramadan antaranya adalah sabdaan Baginda Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu.” [3]
Begitu besar ganjaran yang ditawarkan bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yaitu diampunkan dosanya oleh Allah SWT.
Sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari, beliau membawa pandangan Imam An-Nawawi bahawa maksud “menghidupkan Ramadan” adalah solat sunat tarawih.
7. Setelah kita melihat betapa penting ibadah malam dan betapa besar galakan dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang menghidupkan malam dengan amal ibadah terutamnya malam – malam di bulan Ramadan dengan bertarawih, sekarang kita akan melihat pula bilangan rakaat bagi solat tarawih tersebut.
8. Sebelum kita membincangkan tentang bilangan rakaat solat tarawih, adalah lebih baik untuk kita mengetahui terlebih dahulu apakah hukum solat tarawih itu sendiri. Imam An-Nawawi berkata:
أَمَّا حُكْمُ الْمَسْأَلَةِ فَصَلَاةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ بِإِجْمَاعِ الْعُلَمَاءِ
“Adapun hukum bagi solat tarawih ini adalah sunat secara ijma ulama.” [4]
Antara perkara yang menjadi dasar kepada hukum sunat ini adalah hadis yang diriwayatkan daripada Umm Al-Mu’minin Saidatina Aisyah RA, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ” قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ”، وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
“Pada suatu malam Rasulullah SAW sedang solat di dalam masjid, kemudian orang ramai pun ikut solat bersama Baginda SAW. Pada malam berikutnya, Baginda SAW solat lagi dan jemaah yang mengikuti Baginda semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda SAW tidak keluar ( untuk melaksanakn solat bersama mereka). Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan, tidaklah ada perkara yang menghalang aku daripada keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu. (Saidatina Aisyah berkata) Peristiwa ini berlaku di dalam bulan Ramadan.” [5]
9. Setelah kita jelas bahawa hukum solat Tarawih adalah sunat, sekarang mari kita kembali melihat perbincangan berkenaan bilangan rakaat solat tersebut.
Dalam permasalahan penentuan bilangan rakaat solat tarawih, telah berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Keadaan ini berlaku kerana banyaknya hadis – hadis yang membicarakan tentang kaifiat solat malam dan solat tarawih yang dilaksanakan oleh Baginda SAW dan juga yang diamalkan oleh para sahabat setelah kewafatan Baginda SAW.
10. Oleh kerana bilangan yang masyhur didengari di tanah air kita ialah lapan rakaat, sepuluh rakaat, dan dua puluh rakaat (tidak termasuk witir), maka disini akan kita lihat sedikit dalil dan hujah para ulama sekitar bilangan rakaat yang telah disebutkan. Berikut ialah Dalil tarawih lapan rakaat:
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ؟ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَألْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَألْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا. فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ؟ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي.
Daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman, beliau pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah RA: Bagaimananakah solat Baginda Rasulullah SAW di dalam bulan Ramadhan? Saidatina Aisyah menjawab: tidaklah Baginda SAW menambah sama ada di dalam bulan Ramadan atau di bulan yang lain lebih dari sebelas rakaat. Baginda akan bersolat empat rakaat yang tidak perlu kamu tanyakan betapa baik dan panjangnya. Kemudian Baginda akan bersolat lagi empat rakaat, tidak perlu kamu tanyakan betapa baik dan panjangnya, kemudian Baginda bersolat tiga rakaat. Aku bertanya “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur terlebih dahulu sebelum melaksanakan solat witir?” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Aisyah, sesungguhnya mataku tidur, tetapi hati aku tetap berjaga.” [6]
Daripada hadis yang seumpama ini sebahagian ulama mengatakan bahawa solat tarawih itu lapan rakaat dan bersamanya dilaksanakan 3 rakaat solat witir.
11. Dalil Tarawih sepuluh:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم « كَانَ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ. فَإِذَا فَرَغَ مِنْهَا اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ».
“Daripada saidatina Aisyah RA, beliau berkata Baginda Rasulullah SAW sering melaksanakan solat malam sebanyak 11 rakaat yang Baginda akan berwitir dengan satu rakaat. Setelah Baginda selesai daripada melaksanakannya Baginda SAW akan berbaring diatas lambung kanan sehingga muazzin datang dan Baginda akan bangun melaksanakan solat dua rakaat yang ringkas.” [7]
Dalam riwayat imam Malik disebutkan:
مَالِكٌ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ، عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ، أَنَّهُ قَالَ: أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً ، قَالَ: فكَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ، حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ، وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَاّ فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ.
“Imam Malik meriwayatkan daripada Muhammad bin Yusuf daripada Saib bin Yazid bahawa beliau berkata : SAidina Umar bin Khattab RA telah memerintahkan Ubai bin kaab Dan Tamim Ad- Dari untuk mengimami orang ramai sebanyak 11 rakaat. (Saib) berkata: para imam ini telah membaca “al miin” pada setiap rakaat sehingga kami perlu bersandar pada tongkat- tongkat kerana terlalu panjangnya berdiri. Tidaklah kami selesai daripadanya melainkan telah hampir terbit fajar.” [8]
Walaupun dalam riwayat ini disebutkan bahawa solat yang dikerjakan Baginda adalah sebelas rakaat akan tetapi disini disebutkan bahawa witir yang dilakukan oleh Baginda SAW hanyalah satu rakaat. Ini menunjukkan bahawa solat sebelumnya adalah sepuluh rakaat. Dalam hadis pertama yang diriwayatkan oleh imam Muslim, tidak disebutkan bahawa solat itu dikerjakan dalam bulan Ramadan dan imam muslim juga meletakkan hadis itu dalam bab bilangan rakaat solat Baginda SAW di malam hari sahaja tanpa mengkhususkan pada bulan Ramadan.
Adapun dalam hadis kedua yang diriwayatkan oleh imam Malik di dalam Muatto` memberi sedikit perincian bahawa ia dilakukan oleh para sahabat dengan bilangan yang sama di dalam bulan Ramadan.
12. Dalil Tarawih dua puluh rakaat:
مَالِكٌ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ أَنَّهُ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ بِثَلَاثٍة وَعِشْرِينَ رَكْعَةً في رمضان.
“Imam Malik meriwayatkan daripada Yazid bin Ruman bahawa beliau berkata: pada zaman Umar bin al-Khattab RA, Orang ramai mendirikan solat (sunat tarawih) sebanyak 23 rakaat.” [9]
Riwayat yang seumpama ini telah menjadi dasar kepada penetapan dua puluh rakaat khususnya di dalam mazhab As- Syafie. Sebagaimana dihuraikan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Majmuknya, beliau menjelaskan bahawa mazhab As-Syafie menetapkan solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat (tidak termasuk witir), dan ini juga merupakan pandangan jumhur ulama berdasarkan amalan para sahabat.
Beliau turut menukilkan riwayat bahawa para sahabat berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Baihaqi daripada Saib bin Yazid RA bahawa pada zaman Umar RA mereka melaksanakan tarawih sebanyak dua puluh rakaat, serta digabungkan dengan witir tiga rakaat. Riwayat lain juga menyebut amalan serupa daripada Saidina Ali RA.
13. Setelah kita meneliti sebahagian dalil dan hujjah yang disebutkan oleh para ulama berkenaan bilangan rakaat dalam solat tarawih ini, jelas lah kepada kita bahawa:
Solat tarawih dihukumi sebagai solat sunat secara ijma ulama.
Terdapat perbezaan pandangan yang muktabar dalam kalangan ulama berkenaan penentuan bilangan rakaat solat tarawih dan kesemua pandangan tersebut mempunyai dasar dan dalil daripada syarak.
Bilangan dua puluh rakaat adalah bilangan yang disepakati oleh kebanyakan ulama.
Bilangan dua puluh juga menjadi pandangan yang dikuatkan dalam Mazhab As- Syafie.
14. Kesimpulannya, walaupun solat sunat tarawih bukanlah amalan fardu yang wajib dilaksanakan, akan tetapi mengambil ringan dan bermudah- mudah dalam pelaksanaanya bukanlah sesuatu yang diangap baik. Ini kerana telah kita ketahui bahawa menghidupkan malam dengan amal soleh merupakan satu tuntutan yang diberatkan terutamanya di dalam bulan Ramadan, dan ia menjadi bukti cinta seorang hamba kepada penciptanya. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ia juga menjadi tanda keimanan dan ketaqwaan seseorang hamba.
Adapun dalam masalah bilangan rakaat, sudah jelas bahawa ianya boleh sahaja dilaksanakan dengan bilangn lapan, sepuluh atau dua puluh rakaat, kerana padanya ada dalil dan hujjah tersendiri. Akan tetapi mengikut pandangan mazhab As- Syafie yang merupakan mazhab rasmi negara ini, bilangan yang ditetapkan adalah dua puluh rakaat. Jadi adalah lebih utama untuk mengunakan pandangan ini dalam konteks negara kita Malaysia.
15. Sebenarnya, sekiranya kita meneliti sebahagian daripada hadis – hadis diatas, dapat kita lihat bahawa solat lapan atau sepuluh rakaat yang dilaksanakan dahulu adalah sangat panjang. Mereka melaksanakanya dengan membaca seratus hingga dua ratus ayat dalam satu rakaat sehingga ada yang terpaksa bertongkat dan ada ketika mereka melaksanakannya sehingga hampir waktu subuh. Kesemua ini menunjukkan bahawa walaupun solat tarawih yang dilaksanakan itu sedikit dari segi bilangan rakaatnya, akan tetapi panjang solat itu tetap sama. Bahkan disebutkan bahawa pelaksanaan solat tarawih dengan bilangan rakaat yang lebih banyak itu memberi sedikit keringanan kepada mereka kerana lebih banyak rukuk dan sujud berbanding berdiri terlalu lama. Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi daripada Abdur Rahman bin Hurmuz bahawa beliau berkata:
قَالَ: فَكَانَ الْقُرَّاءُ يَقُومُونَ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي ثَمَانِ رَكَعَاتٍ، فَإِذَا قَامَ بِهَا الْقُرَّاءُ فِي اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً، رَأَى النَّاسُ أَنَّهُ قَدْ خَفَّفَ عَنْهُمْ.
"Adalah para qari pada waktu itu mengimami solat tarawih dengan membaca Surah Al-Baqarah dalam lapan rakaat solat. Jika para imam ini membacanya dalam dua belas rakaat solat, orang ramai menganggap bahawa imam telah meringankan untuk mereka." [10]
16. Selain daripada menunjukkan bahawa banyaknya bilangan rakaat itu lebih meringankan, nukilan ini juga menjelaskan kepada kita bagaimana para pendahulu kita telah memberi keutamaan dalam menghidupkan malam – malam Ramadan dengan bersolat tarawih. Walaupun hanya dengan lapan rakaat tetapi mereka telah menghabiskan lebih dari tiga juzuk pada satu malam. Oleh itu, adalah wajar untuk kita mengambil pelajaran dan semangat daripada mereka dalam menghidupkan malam- malam Ramadan kita.
17. Hakikatnya, dalam menyelesaikan masalah penetapan bilangan rakaat solat tarawih di masjid dan surau di zaman kita ini, kefahaman masyarakat terhadap keutamaan menghidupkan malam- malam Ramadan inilah yang perlu diberikan penekanan, sehingga wujud keinginan dan kesediaan untuk berpenat lelah dalam beramal ibadah kepada Allah SWT, apatah lagi di bulan Ramadan. Sekiranya ramai dalam kalangan masyarakat yang mempunyai kesediaan tersebut, maka keadaan yang hanya dapat kita baca dalam lembaran- lembaran kitab ini akan dapat kita saksikan di depan mata kita sendiri. Sekiranya keadaan tetap tidak mengizinkan bagi sesetenganh orang atau dalam keadaan terdesak pada sebahagian waktu, maka orang tersebut boleh sahaja melaksanakan solat tarawihnya sesuai dengan keadaan dan kondisinya sendiri, kerana tidak ada sebarang larangan dalam perkara tersebut. Akan tetapi, selaku pentadbir, layanan terhadap orang yang sedia untuk memberi masa dan tenaga itu perlu diberi keutamaan, kerana ia lebih menepati pandangan dalam mazhab dan amalan salafus soleh. Semoga Allah SWT memberi kita taufiq untuk bersungguh- sungguh dalam menghidupkan malam – malam Ramadan yang mulia ini.
Disediakan Oleh:
Felo Penyelidik
Jabatan Mufti Negeri Pahang
RUJUKAN:
[1] al-Quran al-Karim, Surah al-Sajdah, ayat 15 - 16
[2] al-Quran al-Karim, Surah al-Zariyat, ayat 15 - 18
[3] Sahih al-Bukhari (37), Sahih Muslim (173, 759)
[4] al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 4/31
[5] Sahih al-Bukhari (1129)
[6] Sunan Abu Daud (1341)
[7] Sahih Muslim (736)
[8] Muwatta’ Malik (280)
[9] al-Sunan al-Kubra, Sunan al-Baihaqi (4618)
[10] Musannaf ‘Abd al-Razzaq (7734)