Menyediakan takwim Islam dan Miladi, jadual waktu berbuka puasa, imsak Ramadhan dan waktu solat.
Menyediakan serta membuat kiraan data rukyah, membuat cerapan hilal untuk menentukan awal bulan hijrah serta mengadakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Pahang dan Kebangsaan.
Menyediakan data-data peristiwa sambutan perayaan Islam seperti Maal Hijrah, Hari Asyura, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul dan sebagainya
Menyediakan data-data peristiwa berlakunya gerhana matahari dan bulan serta mantapkan tempoh berlakunya gerhana untuk panduan solat gerhan di Negeri Pahang.
Berperanan sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Pahang dan menyediakan data-data rukyah awal Ramadhan, zulhijjah serta melaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang untuk disembah maklum kepada KDYMM Sultan Pahang, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dan juga kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Kebangsaan JAKIM.
Fungsi Utama : Unit Kiblat
Menyediakan penerangan dan taklimat berhubung dengan penentuan arah kiblat, waktu solat, kaedah rukyah kepada semua Pegawai Agama, Imam, Bilal dan masyarakat di seluruh Negeri Pahang.
Membuat pengesahan dan semakan arah kiblat bagi pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan.
Memastikan jawapan isu soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang
Bahagian Fatwa /Unit Istinbat
100%
100%
2
Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja daripada permintaan fatwa yang telah dikenalpasti
Bahagian Fatwa / Unit Buhuth
100%
100%
3
Memastikan kertas kerja fatwa siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Bahagian Fatwa /Unit Buhuth
100%
100%
4
Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelahminit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan
Bahagian Fatwa /Unit Istinbat
100%
100%
5
Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun
Bahagian Khidmat Pengurusan
100%
100%
6
Memastikan teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada setiap bulan
Bahagian Rujukan Fatwa
100%
100%
7
Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun
Bahagian Falak /Unit Cerap
100%
100%
8
Memastikan sijil arah kiblat dikeluarkan dalam masa 15 hari bekerja setelah semakan dibuat
Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan jabatan.
Memastikan jawapan soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.
Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja dari permintaan fatwa yang telah dikenalpasti.
Memastikan kertas kerja fatwa (endorsment) siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelah minit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan.
Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun.
Memastikan Teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada bulan berikut.
Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun.
Memastikan permohonan arah kiblat dilaksanakan dalam masa 15 hari setelah permohonan diterima.
Portal JMNP adalah singkatan kepada Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang merupakan gerbang utama informasi dan perkhidmatan melalui internet.
Mengapa Portal Jabatan Mufti diwujudkan?
Portal jabatan Mufti Negeri Pahang diwujudkan adalah untuk mengeluarkan fatwa diperingkat negeri mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah serta memastikan semua perancangan dan perlaksanaan pembangunan negeri mengikut Hukum Syarak.
Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?
Umumnya, Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkod?
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Pahang tidak akan direkodkan.
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?
Anda boleh menghubungi:-
JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah Jalan Istana Permai, 26600 Pekan Pahang Darul Makmur
Telefon : 09-4211100 Faks : 09-4224887 e-Mel :عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.
Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklumbalas kepada Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?
Anda boleh mengisi aduan secara online di Aduan SISPAA
Menjadikan sebuah jabatan yang cemerlang dan berkualiti dalam memartabatkan Syariat Islam untuk melahirkan umat Islam yang bertakwa di Negeri Pahang
Misi
Memastikan Syariat Islam didaulat dan dimartabatkan serta memastikan semua fatwa dan hukum dapat diterima dan dilaksanakan dengan sempurna ke arah melahirkan kesejahteraan umat Islam
Objektif
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti bagi memastikan umat Islam menghayati dan mengenal cara hidup Islam sebenar berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
Memastikan semua perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri mengikut hukum syarak
Mengeluarkan fatwa di peringkat negeri mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah
Matlamat
Mendaulatkan syariat Islam
Mengembang dan memartabatkan kefahaman ilmu Islam kepada umat Islam di Negeri Pahang
Menyelaraskan fatwa dan menjamin pelaksanaan syariat Islam diamalkan di Negeri Pahang
Melaksanakan kajian dan penelitian dalam bidang falak terutama dalam proses penyediaan takwim, waktu solat, penentuan arah kiblat dan cerapan bagi menentukan hari-hari kebesaran Islam
Mendidik para khatib masjid dengan ilmu Islam yang sebenar dan menyediakan teks khutbah seluruh Pahang
Mufti merupakan satu jawatan yang tertinggi dan dihormati di Malaysia. Di Pahang jawatan Mufti diwujudkan secara rasmi bermula di zaman pemerintahan Bendahara Wan Ali (1806-1857), di mana mufti diberikan tanggungjawab menasihati sultan dan mengajar kerabat-kerabat Diraja.
Menurut catatan sejarah, Mufti Pahang semasa itu ialah Tuan Haji Abdul Shukur dan selepas itu, Tuan Haji Habib Muhammad Amin pula dilantik sebagai Mufti, namun begitu kedua-dua tokoh tersebut tidak dapat disahkan sebagai Mufti berdasarkan kepada catatan rekod perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan Pahang. Berdasarkan catatan rekod, Mufti Pahang yang pertama ialah Haji Uthman bin Senik (1905-1918) yang lebih dikenali sebagai Haji Montok.
Dalam struktur organisasi Majlis dan Jabatan Agama Islam Pahang (sebelum perlaksanaan penyusunan semula struktur organisasi, Mufti diletakkan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang). Hanya satu jawatan sahaja diwujudkan iaitu jawatan Mufti, tiada Timbalan dan kakitangan pembantu. Mufti adalah anggota tetap Majlis Ugama Islam Pahang.
Unit Pemodenan Pentadbiran Dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam laporan kajian penyusunan semula Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebagaimana yang telah diluluskan telah memperakukan supaya Jabatan Mufti diasingkan terus daripada Majlis / Jabatan Agama Islam Pahang mulai 1 Januari 1997.
Tokoh-Tokoh Mufti Pahang
1905-1918
Tuan Haji Sheikh Uthman bin Haji Senik
1939-1950
Tuan Haji Abas bin Taha
1950-1951
Tuan Haji Sheikh Abdul Rahim bin Ibrahim Al Samanudi
1951-1976
Tuan Haji Abdul Bakar bin Mat Yassin
1982-1997
Dato' Haji Mohd Taib bin Haji Hassan
1997-2006
Dato' Haji Sulaiman bin Haji Ahmad
2006 - 2024
Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman
2024 - Kini
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, DSSS., PMK.